Tengok gambar dulu sebelum cerita panjang-panjang...
Pandaikan saya pakai ihram... hehe... Sempat puji diri sendiri kan (tolong jangan amalkan ya) Lokasi di Airport Penang sebelum masuk dalam flight ke KLIASedar tak sedar dah seminggu berada di tanah air setelah hampir 42 hari bermusafir menjadi tetamu Allah untuk ibadah HAJI. Alhamdulillah pemergianku ke tanah haram pada kali ini cukup berbeza dengan umrah sebelum ini kerana tempoh masa yang panjang dan kuantiti jemaah yang berbeza. Apapun syukur kepada Allah kerana masih lagi menginzinkan lagi nikmat-nikmatNya untuk dikecapi.
Beg jemaah haji yang disusun seperti nak naik bas sekolahwalaupun bas sekolah tak bangun pagi lagi pada waktu tersebut
Lokasi: Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas
Alhamdulillah rezekiku pada tahun ini dijemput menjadi tetamunya sebanyak 3 kali. Itulah rezeki yang datang daripadaNya walaupun ada sahabat-sahabat bergurau dengan mengatakan, "Hang ke Mekah ni macam Penang ke KL jelah". Apapun lafaz syukur padaNya itu yang sebaik-baiknya daripada kalimah lain.
Penyerahan dokumen yang AMAT PENTING (amat je)untuk memastikan kenal dengan jemaah-jemaah haji yang lain.
Berangkat pada 4 November 2010, Khamis yang mana pada asalnya kami dari jemaah penerbangan KT 88 B akan menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH). Namun begitu, disebabkan banjir yang melanda negeri sebahagian negeri Kedah, operasi penerbangan haji bagi jemaah dari Alor Setar terpaksa dipindahkan ke Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang. Lapor diri pada jam 4 pagi dan berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 8 pagi.
Dalam dewan Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas sebelummenaiki bas ke Airport Penang. Sebab apa saya duduk depan?
Sebab saya kena azan sebelum keberangkatan... Syahdu taw...
Tiba di KLIA pada jam 9 pagi dan terus menunggu kumpulan seterusnya dari Kelana Jaya. Alhamdulillah ramai rupanya yang akan berangkat ke Tanah Suci. Kesemuanya hampir 400 orang. Sungguh seronok dan teruja apabila bertemu dengan bakal Tetamu Allah yang kebanyakannya adalah pertama kali ke sana dan ada juga yang pernah ke sana sebelum ini.
Apapun tujuan dan matlamat ke sana hanyalah untuk mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT. Panjang sebenarnya kalau nak coretkan di sini. Namun biarlah jari jemari ini kembali panas untuk beraksi di ruangan blogger yang sudah hampir setengah tahun sudah ditinggalkan.
Keadaan dalam kapal terbang menuju ke
Terminal Haji, Airport Jeddah
Insya Allah kembali lagi pada masa akan datang.
Yang penting saya rindukan HARAMAIN Mekah dan Madinah....
(Bukan jubah yang berjenama HARAMAIN tauuu)













