Petang tadi saya sempat bertemu dengan Bazli UNIC (tapi sekarang bukan nama UNIC ditukar kepada UNIQUE atas sebab-sebab tertentu. Rujuk di Facebook Bazli untuk maklumat lanjut). Memang tak disangka dapat bertemu dengan sahabat baik ketika sama-sama berkelana mencari ilmu di Mesir di mana beliau datang ke sini kerana ada persembahan di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Pertemuan hanya sekejap. Cuma sejam sahaja yang dapat kami berbual mesra kerana ada hal urusan yang menanti. Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas beliau dengan menghadiahkan album terbaru gandingan InTeam dan Unique yang bertajuk "NUR MUHAMMAD: ALUNAN SELAWAT & QASIDAH". Dapatkan yang original di pasaran.
Terima panggilan dari pihak travel
Sedang asyik berborak dengan Abang Zamadi. Tiba-tiba dikejutkan dengan berita bahawa saya perlu 'standby' esok untuk menunaikan umrah. terkejut juga dibuatnya kerana saya difahamkan seperti mana di dalam jadual, tarikh penerbangan saya adalah pada hari Ahad.
Namun, rupa-rupanya saya tersilap. Mujur panggilan daripada pihak travel telah mengingatkan saya untuk bersiap-sedia secara serius untuk mengemas barang. Lantas saya pun pulang ke rumah untuk bersiap sedia untuk perjalanan panjang pada esok hari.
Terima kasih pada pihak travel, kalau tidak... Tak tahulah apa nak jadi..
Kepada anda semua, doa-doakan semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan untuk mengerjakan umrah dan ziarah, di mana seramai 32 orang akan bersama saya dalam mengerjakan ibadah umrah ini.
Saya juga ingin memohon keampunan kepada anda sekiranya ada tersalah dan terlajak kata dan juga perbuatan yang mengguris hati.
Berjumpa lagi pada masa akan datang. Saya akan beruzlah daripada YM, Facebook serta blog sepanjang ketiadaan saya bersama 'rakan karib' saya ini.
Usik-usik myfahmi:
1. Bermula 21 Mac 2010 hingga 3 April 2010 saya akan mengerjakan ibadah umrah dan ziarah Mesir.
2. Ketika entri ini ditulis, saya sempat lagi berkemas sambil melayan YM, FB, dan melayan mesej-mesej yang menerjah masuk ke INBOX saya..

2 comments:
wahhh hebat2....banyak keje dlm satu masa tu penulisan still mantop..^_^smg dipermudahkan segalanya
Alhamdulillah.. Rezeki dan nikmat daripada Allah tidak henti-henti mencurah kepada hambaNya...
usaha yang sekadar sahaja... tak ada mantopz nya pun.. Namun bersyukur sebab masih lagi diberi peluang untuk berkarya bebas..
Barakallahu laka ya boundaries..
Post a Comment