Semalam saya menunaikan Solat Jumaat di Masjid Batu, Permatang Pauh di mana Khutbah Jumaat disampaikan oleh Ustaz Abdullah Khairi. Apa yang menariknya, penyampaian khutbah beliau memang lain daripada yang lain. Kalau ada orang tidur juga, memang rugilah (boleh jadi orang itu letih).
Seusai Solat Jumaat, saya bertemu dengan Kamarul dan sempat berbual-bual dengannya di mana saya telah dikhabarkan ada lagi seorang sahabat sama-sama menunaikan Solat Jumaat di masjid yang sama. Orangnya ialah Ustaz Azwadi. Kebetulan beliau ada urusan di waktu pagi di Padang Meniora dan alang-alang dah datang ke Penang, maka beliau pun merancang untuk bertemu dengan rakan-rakan di yang ada di negeri ini. Dan saya pun 'diheret' sama untuk menyertai mereka konon-kononnya untuk 'bersiar-siar' di petang Jumaat yang telah dirancang (agaknya dirancang la kan). Ada-ada saja agenda yang sukar ditelah oleh akal ini.
Bermula Agenda Di Petang Jumaat
Ustaz Azwadi yang segak bergaya dan berjaya
Menziarahi Ustaz Hamimi- Pengantin Baru dalam 2 minggu
- Sempat berborak-borak (bukan setakat borak, siap ada minum petang lagi)
Menziarahi keluarga Syuwari
- Berbual-bual, sambil bertanyakan khabar kedua ibu bapanya...
- Alhamdulillah sihat...
- Dan hujan rahmat pun turun di petang Jumaat. Alhamdulillah, berkat solat istisqa' yang telah diadakan di Kelantan.
Menunaikan Solat Fardhu Asar Di Masjid Al-Amin, Sungai Dua
-Diimamkan oleh pengantin baru... Hehehe...
-Menunggu Ustaz Malik untuk bertemu dengannya.
-Sempat melihat gelagat anak-anak kecil yang bersekolah agama di perkarangan masjid tersebut bermain air hujan sambil menunggu ibu bapa mereka datang menjemput.
Char Koay Teow Sungai Dua
-Menjamu selera di Char Koay Teow Sungai Dua yang popular tu.
-Merisik untuk tenaga kerja bagi Klinik Solat yang bakal diadakan di Sekolah Kebangsaan Tok Labu, Penaga. Dan akhirnya, tamatlah agenda di Petang Jumaat yang mulia.
Usik-usik myfahmi:
1. Sepetang saya bersama jubah putih dalam memenuhkan agenda yang dirancang.
2. Mujur tak pergi ke pantai, pasti pasangan-pasangan yang sedang ber'dating' akan cabut lari melihat saya berpakaian jubah putih dan sahabat-sahabat yang berkepiah. Hehe...










0 comments:
Post a Comment